Organisasi Antarabangsa

Organisasi antarabangsa juga boleh menjadi subjek undang-undang antarabangsa.  Organisasi-organisasi antarabangsa ini mempunyai fungsi yang ditugaskan oleh negara-negara. Oleh yang demikian adalah penting untuk organisasi-organisasi antarabangsa ini memiliki sesuatu tahap personaliti antarabangsa bagi memudahkan organisasi-organisasi ini menjalankan tugas dengan efektif.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memiliki personaliti antarabangsa dan juga merupakan subjek undang-undang antarabangsa.  Kapasiti perundangan PBB ini diakui oleh Artikel 104 Piagam PBB yang menyatakan bahawa organisasi PBB akan menikmati kapasiti perundangan di setiap wilayah ahlinya sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan fungsi-fungsinya dan untuk memenuhi tujuannya.

Artikel 105 juga memberi hak keistimewaan dan imuniti kepada PBB, pegawainya serta wakilnya.

Artikel 1(1) Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations 1946 juga menetapkan bahawa PBB akan memiliki personaliti juridikal dan bahawa ia mempunyai kapasiti untuk membuat kontrak, memperoleh dan membuang harta boleh ubah atau tidak boleh ubah, serta boleh memulakan prosiding perundangan.

Selain itu, Piagam PBB itu juga mengiktiraf kuasa untuk membuat triti oleh organ-organ utama PBB.  Bukti terpenting berkenaan personaliti antarabangsa PBB boleh dilihat dalam Advisory opinion Mahkamah Dunia dalam kes Reparations di mana pada September 17, 1948, Court Bernadotte, warga Swedish telah dibunuh di Jerusalem, yang dipunyai oleh Israel. Beliau merupakan Pegawai Perundingan Kedamaian PBB di kawasan tersebut.  Ketika memutuskan apa yang perlu dilakukan ke atas trajedi yang berlaku, PBB memohon Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk memberi pendapat advisory opinion samada PBB sebagai sebuah organisasi mempunyai kapasiti untuk membuat tuntutan terhadap kerajaan yang bertanggungjawab demi mendapatkan gantirugi.  Mahkamah memutuskan bahawa PBB bertujuan untuk melaksanakan fungsi yang tertentu dan justeru itu menikmati hak-hak yang hanya boleh dijelaskan berasaskan pemilikan personaliti antarabangsa.

Dengan ini, Mahkamah telah menyimpulkan bahawa organisasi juga merupakan personaliti antarabangsa.  Ini bermakna organisasi juga merupakan subjek undang-undang antarabangsa.  Oleh itu ia mampu untuk memiliki hak-hak dan tanggungjawab antarabangsa, dan ia juga mempunyai kapasiti untuk mempertahankan haknya dengan membawa tuntutan di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa tidak semua organisasi-organisasi antarabangsa memiliki personaliti antarabangsa.

Kriteria untuk menentukan personaliti antarabangsa

Di dalam Advisory Opinion kes Reparation, Mahkamah Dunia menggariskan dua kriteria:

1. Niat atau tujuan negara  ahli untuk membentuk organisasi, yang mempunyai personaliti perundangan yang berbeza daripada ahli organisasi itu sendiri, dan

2. Wujud fungsi-fungsi yang dilaksanakan dan hak-hak yang dinikmati yang hanya boleh dijelaskan berasaskan pemilikan sesuatu personaliti antarabangsa.

Niat atau tujuan negara-negara ahli boleh dilihat berdasarkan beberapa faktor contohnya apabila keputusan yang dibuat oleh organisasi tidak semestinya berdasarkan persetujuan sebulat suara negara ahli, tetapi cukup sekadar majoriti negara ahli telah bersetuju. Niat dan tujuan ini juga boleh dinyatakan secara jelas di dalam instrumen organisasi itu sendiri. Contohnya Artikel 4(1), Rome Statute Establishing the International Criminat Court (ICC), 1998,  menyatakan bahawa mahmakah boleh mempunyai personaliti perundangan antarabangsa.  Ia juga mempunyai kapasiti yang perlu untuk melaksanakan fungsinya dan untuk memenuhi tujuannya.

Organisasi juga boleh memilik hak-hak dalam undang-undang antarabangsa.  Tetapi ini bergantung kepada setakat mana ahlinya memperuntukkan kuasa kepada organisasi ini melalui instrumen yang berkaitan. Berikut adalah antara hak-hak yang boleh ada kepada sesebuah organisasi.

1. Hak untuk membuat triti

2. Keistimewaan dan imuniti

3. Hak untuk membuat tuntutan di peringkat antarabangsa dan

4. Hak untuk melindungi agennya yang bertindak di atas kapasiti rasmi

Sebagai contoh, pada tahun 1997, the Fifth Committee of the General Assembly memutuskan bahawa Israel perlu membayar sejumlah $1,773, 618 kerana pengeboman Israel di ibu pejabat UN Interim Force di Lebanon (UNFIL) .

Pelbagai organisasi-organisasi antarabangsa, termasuk agensi-agensi khusus PBB seperti ILO, IMF, IBRD, IMO dan organisasi-organisasi serantau seperti European Community, the Organiszation of American States, (OAS), the Organization of African Unity (OAU) yang memiliki beberapa darjah personaliti antarabangsa yang penting untuk ia mencapai objektif yang ditugaskan.

Close Menu