Tanggungjawab Negara

Tanggungjawab Negara

Tanggungjawab negara (state responsibility) timbul daripada pelanggaran kewajipan antarabangsa oleh sesebuah negara.  Kewajipan ini boleh berasal dari undang-undang adat antarabangsa atau dari kewajipan yang ditentukan oleh triti.  Sesebuah negara bertanggungjawab, contohnya apabila ia gagal untuk menghormati sesebuah perjanjian, sekiranya ia melanggar kedaulatan wilayah negara lain, sekiranya ia memusnahkan wilayah, harta negara lain, sekiranya ia menggunakan kekerasan ketenteraan terhadap negara lain, sekiranya ia mencederakan wakil diplomat negara lain, sekiranya ia menganiayai atau menzalimi rakyat negara lain dan lain-lain. Kebanyakan kes yang melibatkan tanggungjawab negara dalam dunia moden wujud dalam konteks penganiayaan atau kezaliman ke atas warganegara asing atau syarikat asing.

Setiap pelanggaran sesuatu kewajipan antarabangsa oleh subjek undang-undang antarabangsa akan membawa kepada tanggungjawab antarabangsa.  Disebabkan keutamaan negara dalam perundangan antarabangsa, undang-undang berkenaan tanggungjawab negara menjadi satu cabang tanggungjawab antarabangsa yang paling pesat berkembang.  Undang-undang tanggungjawab negara menjelaskan akibat pelanggaran kewajipan antarabangsa oleh negara dan mengatur tindakbalas yang dibolehkan.

Undang-undang tanggungjawab negara secara tradisionalnya terdiri daripada peraturan undang-undang adat antarabangsa yang timbul daripada amalan negara-negara dan keputusan-keputusan antarabangsa.  Dalam konteks ini, provisi di dalam Responsibility of States for International Wrongful Acts, 2001 yang diatur oleh International Law Commission memainkan peranan penting dalam menyenaraikan peraturan tanggungjawab negara.  Ianya dibuat setelah mengambilkira saranan dan cadangan negara-negara ahli. Setelah  derafnya dihantar kepada Perhimpunan Agung PBB, satu resolusi untuk menerimanya telah dibuat.

Elemen-Elemen Tanggungjawab Negara

Setiap perlakuan salah sesebuah negara akan melibatkan tanggungjawab antarabangsa negara tersebut (Artikel 1 Responsibility of States 2001). Dengan kata lain, tanggungjawab antarabangsa sesebuah negara timbul daripada perbuatan melakukan kesalahan antarabangsa.

Perbuatan kesalahan antarabangsa terjadi apabila kelakuan yang terdiri daripada perlakuan (act) atau kealpaan (omission) yang (Artikel 2):

  • a) boleh diatribusi atau disebabkan oleh negara di bawah undang-undang antarabangsa; dan
  • b) terdiri daripada pelanggaran kewajipan antarabangsa oleh negara.

Perlakuan yang disebabkan oleh negara boleh terdiri daripada perbuatan atau kealpaan.  Satu contoh kealpaan boleh dilihat dalam kes Corfu Channel di mana ICJ memutuskan bahawa Albania seharusnya tahu atau patut tahu dan bertanggungjawab tentang kewujudan periuk api di perairannya tetapi ia tidak melakukan apa-apa untuk memberi amaran kepada negara lain.

Dalam kes United States Diplomatic and Consular Staff in Tehran, mahkamah memutuskan bahawa tanggungjawab Iran dihadturunkan (entailed) disebabkan ketidakgiatan (inaction) atau kegagalan pihak berkuasa Iran untuk bertindak melindungi Kedutaan US dan kakitangannya apabila Kedutaan tersebut diceroboh oleh sekumpulan pelajar Iran. Lihat berita peristiwa ini di SINI

Image result for us embassy in tehran

Artikel 2 jelas menetapkan dua elemen perlakuan kesalahan antarabangsa, iaitu:

1) atribusi (attribution) perlakuan negara; dan

2) pelanggaran kewajipan antarabangsa oleh negara

Pencapaian kedua-dua elemen di atas sudah cukup untuk menjadi asas kepada tanggungjawab antarabangsa.  Walaubagaimapun, sesetengah negara boleh memberi alasan bahawa ia sedang melakukan pembelaan diri-sendiri atau dalam situasi force majeure.  Pembelaan sebegini dipanggil keadaan yang tidak termasuk sebagai perlakuan salah (circumstances precluding wrongful act).

Atribusi Perlakuan Negara

Negara adalah satu entiti abstrak dan tidak boleh bertindak sendiri.  Negara boleh bertindak hanya melalui organ-organnya.  Organ-organ ini dianggap bertindak untuk negara dan perlakuan mereka boleh dikaitkan kepada negara, di mana negara perlu bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa.

Perlakuan organ-organ negara (Artikel 4)

Perlakuan sesuatu organ negara boleh dianggap sebagai perlakuan negara di bawah undang-undang antarabangsa, samada organ tersebut melaksanakan fungsi legislatif, eksekutif, kehakiman atau apa jua fungsi yang lain, tidak kira kedudukan yang dipegang dalam organisasi negara. Rujukan organ negara meliputi individu serta entiti kolektif yang menjadi organisasi negara dan bertindak bagi pihak negara.

Negara perlu bertanggungjawab atas kelakuan organ atau pegawainya, yang bertindak atas kapasiti negara.

Tiga organ utama negara:

a) Eksekutif – kerajaan, kementerian, jabatan, pegawai kerajaan, polis, tentera, agen rahsia – dalam kes Southern Pacific Properties (Middle East) Ltd v Arab Republic of Egypt, Sounthern Pacific properties  telah memasuki satu kontrak dengan kerajaan Egypt untuk membangunkan tanah di Egypt.  Atas sebab tentangan ramai, kerajaan Egypt telah menarik balik kebenaran tersebut.  Mahkamah memutuskan bahawa perlakuan tersebut adalah perlakuan pihak otoriti Egypt, termasuk eksekutif otoriti tertinggi kerajaan dan negara tersebut bertanggungjawab untuk perlakuan organ negara yang tidak mengikuti undang-undang, walaupun ianya diluar had mereka dan bercanggah dengan undang-undang domestik.

Dalam tuntutan Roper, mahkamah memutuskan bahawa perlakuan ganas pegawai polis dan kegagalan untuk mengambil langkah yang sesuai untuk menghukum penjahat telah menimbulkan tanggungjawab negara.

Dalam kes Rainbow Warrior, sebuah kapal Greenpeace yang suba memprotes ujian nuklear Perancis di laut Pacific telah dibom di Auckland oleh agen rahsia kerajaan Perancis.  Kerajaan Perancis mengakui tanggungjawab mereka atas kemusnahan kapal tersebut.  New Zealand mendapat kemaafan dari Perancis dan gantirugi untuk pelanggaran kedaulatan negara itu.

Image result for rainbow warrior

b) kehakiman – judicial organ – (mahkamah negara) – organ kehakiman boleh menjadi sumber tanggungjawab negara khasnya dalam konteks penafian keadilan.  Pendapat Mahkamah Dunia berkenaan kekebalan daripada proses undang-undang adalah contoh pelanggaran tanggungjawab antarabangsa

c) legislatif – negara juga bertanggungjawab atas perlakuan Parlimen yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Organ Superior dan Subordinat

Artikel 4 tidak membezakan di antara perlakuan ‘superior’ atau ‘subordinat’ pegawai. Perlakuan yang dibuat oleh pegawai tahap rendah yang dianggap dilakukan atas kapasiti rasmi  juga boleh dikaitkan dengan negara.  Contohnya, dalam tuntutan Massey, pesalah telah ditangkap tetapi berjaya melarikan diri dari penjara apabila pembantu warden penjara membenarkannya melarikan diri.  Tribunal menolak kenyataan Mexico bahawa ia tidak perlu bertanggungjawab kerana status rendah pegawai tersebut.  Tribunal memutuskan bahawa Mexico bertanggungjawab dan perlu membayar gantirugi kepada US.

Organ kerajaan pusat atau unit wilayah negara

Tuntutan Suruhanjaya Perancis/Mexico  dalam kes Pellat (1929) menegaskan semula prinsip tanggungjawab antarabangsa kerajaan pusat  atas segala perlakuan negeri-negeri di bawahnya.  Peraturan sebegini telah diaplikasikan secara konsisten dan dalam kes LaGrand (Germany v US) (1999).

a) Dalam kapasiti rasmi

Negara akan bertanggungjawab atas perlakuan seseorang atau entiti yang mempunyai status organ negara, sekiranya orang atau entiti itu bertindak dalam kapasiti rasmi.  Sekiranya orang atau entiti melakukan tindakan dalam kapasiti peribadai, iaitu, perlakuan tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan dengan fungsi rasmi dan hanyalah perlakuan peribadi individu, negara tidak akan bertanggunjawab.  Contohnya apabila seorang polis yang tidak bertugas mencederakan warga asing di dalam satu pergaduhan.

Dalam kes Mallen, seorang konsul Mexico telah diserang dan dipukul dua kali oleh seorang polis Amerika yang terbukti sangat membencinya. Pada serangan pertama, bukti menunjukkan perlakuan liar seorang individu yang kebetulannya seorang pegawai polis.  Dalam serangan kedua, polis Amerika tersebut telah mempamerkan lencananya untuk menegaskan kapasitinya sebagai seorang polis, memukul Mallen dengan pistolnya dan kemudiannya membawanya ke penjara.  Mahkamah memutuskan bahawa US bertanggungjawab atas serangan yang kedua.

b) Orang atau entiti yang melaksanakan elemen kerajaan berotoriti

Artikel 5 mengiktiraf atribusi kepada perlakuan orang atau entiti yang bukan organ negara dalam ertikata Artikel 4 tetapi diberi kuasa atau otoriti untuk melaksanakan ‘elemen kerajaan yang berotoriti’.  Ini merujuk kepada situasi di beberapa negara di mana undang-undang negara memberi kuasa kepada syarikat korporat awam dan dalam beberapa kes, syarikat persendirian untuk melaksanakan ‘elemen kerajaan berotoriti’ bagi pihak organ negara.  Contohnya termasuk firma-firma keselamatan persendirian yang diberi kontrak untuk bertindak sebagai pengawal penjara dan dalam kapasiti sebegini, melaksanakan kuasa ke atas orang awam, seperti kuasa untuk menahan, mendisiplinkan dan syarikat penerbangan mempunyai kuasa berkenaan pengawalan immigrasi atau kuarantin.

Image result for mas malaysia airlines

c) Tanggungjawab ke atas perlakuan ultra-virus 

Artikel 7 menyatakan bahawa perlakuan organ negara atau orang atu entiti yang diberi kuasa untuk melaksanakan elemen kerajaan berotoriti perlu dianggap sebagai perlakuan negara di bawah undang-undang antarabangsa sekiranya organ, orang atau entiti bertindak  dalam kapasitinya, walaupun ianya melebihi kuasa yang diberikan ataupun bercanggah dengan arahan yang diberikan.

Dalam kes tuntutan Caire Claims (France v Mexico) (1929), seorang rakyat Perancis telah dibunuh oleh dua tentera Mexico yang, setelah gagal memeras duit daripadanya, telah membawanya ke berek tentera lalu menembaknya.  Tribunal memutuskan bahawa untuk perlakuan ultra vires pegawai dikaitkan dengan negara, mereka perlu telah bertindak, sekurang-kurangnya sebagai pegawai atau organ , atau telah menggunakan kuasa atau langkah-langkah yang sesuai dengan karakter rasmi mereka.  Dalam keadaan ini, Mexico bertanggungjawab disebabkan kedua-dua pegawai tentera tersebut bertindak dalam kapasiti pegawai tentera dan menggunakan cara yang diperbolehkan kepada mereka atas sebab kapasiti mereka sebagai pegawai tentera.

Dalam tuntutan Youman Claims, segerombolan perusuh yang berkumpul dikeliling sebuah rumah di Mexico di mana terdapat tiga warga US.  Datuk bandar di situ mengarahkan seorang leftenan supaya datang bersama pasukannya untuk  menghentikan rusuhan serta menamatkan serangan keatas rakyat US tersebut.  Walaubagaimanapun, pasukan polis telah melepaskan tembakan kepada rumah tersebut menyebabkan kematian warga US.  Suruhanjaya menyatakan bahawa penglibatan tentera dalam pembunuhan tidak boleh dianggap sebgai perlakuan tentera yang  bertindak atas kapasiti persendirian apabila jelas bahawa ketika perlakuan tesebut, mereka sememangnya sedang dalam tempoh berkerja dan berada di bawah pengawasan dan kehadiran pegawai pengerah.  Mexico diputuskan bersalah dalam kes ini.

d) Perlakuan orang-orang yang diarahkan atau dikawal oleh negara (Artikel 8)

Perlakuan orang perseorangan  secara amnya tidak dikaitkan dengan negara di bawah undang-undang antarabangsa.  Walaubagaimanapun, terdapat orang-orang yang , walaupun mereka tidak mempunyai status formal dan pangkat pegawai kerajaan, secara faktanya bertindak bagi pihak negara. Perlakuan seseorang atau sekumpulan orang akan dianggap sebagai tindakan negara di bawah undang-undang antarabangsa sekiranya orang atau kumpulan tersebut secara faktanya bertindak atas arahan atau di bawah arahan atau kawalan negara di dalam melakukan perbuatan tersebut (Artikel 8). Ini boleh terjadi dalam dua keadaan:

  1. tindakan atas arahan negara (acting on the instruction of the state)
  2. tindakan dibawah kawalan negara (acting under the direction or control of the state)

i) Perbuatan yang dilakukan atas arahan negara

Perbuatan yang dilakukan atas arahan negara (acting on the instruction of the state) timbul apabila organ negara menambah perlakuannya sendiri dengan merekrut orang-orang perseorangan atau kumpulan-kumpulan yang bertindak sebagai faset tambahan (auxiliaries) atau ketika mereka berada diluar struktur rasmi negara. Kadangkala individu-individu persendirian ini  digunakan oleh agensi negara untuk  polis, kebaikan awam atau fungsi-fungsi negara yang lain. Contohnya apabila rakyat perseorangan disenaraikan sebagai sukarelawan, seperti pasukan Rela.  Contohnya sekiranya rakyat perseorangan disenaraikan untuk melakukan pengesanan polis dan kemudiannya menyebabkan kecederaan ke atas warga asing, perlakuan ini boleh dikaitkan dengan negara.

Dalam kes Zafro, US diputuskan bersalah atas kejadian serbuan ke atas kapal peniaga oleh krew awam yang diambil bekerja oleh tentera laut Amerika ketika peperangan US dengan Spain, di  bawah arahan kapten yang diwah arahan tentera laut Amerika.  Tribunal menegaskan wujudnya kegagalan untuk mengawal dengan baik dalam keadaan tersebut.

ii) Perbuatan dibawah kawalan negara 

Perbuatan dibawah kawalan negara (acting under the direction or control of the state) berkait dengan keadaan apabila orang perseorangan bertindak di bawah arahan atau kawalan negara. Dalam kes Military and Paramilitary Activities in and against Nicaragua case (Nicaragua v United States) (1986), mahkamah perlu memutuskan persoalan samada perlakuan contras, pergerakan pemberontakan terhadap Kerajaan Nicaragua boleh dikaitkan dengan US yang boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.  ICJ mempertimbangkan perkara ini berdasarkan tanggapan ‘kawalan efektif’ (effective control).  “Walaupun terdapat banyak subsidi dan bantuan lain yang diberikan oleh US kepada mereka, tidak wujud bukti yang jelas bahawa US telah sebenarnya melaksanakan satu peringkat kawalan … untuk menjustifikasikan bahawa contras bertindak bagi pihak US.  Untuk perlakuan ini menjadi tanggungjawab US, ia perlu dibuktikan bahawa US mempunyai kawalam efektif terhadap tentera dan operasi anggota separa tentera apabila pencabulan itu berlaku.”

Walaubagaiamanpun, dalam kes Tadic, International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia menggunapakai ujian ‘kawalan menyeluruh’ (overall control) yang lebih fleksibel.  Persoalannya di sini adalah samada tentera Bosnian Serb boleh dihubungkaitkan dengan Federal Republic of Yugoslavia disebabkan kawalannya yang amat besar keatas kumpulan tersebut, sehingga  membuatkan konflik tersebut bersifat international dan menganugerahkan orang awam di bawah kawalannya status orang yang dilindungi.

ILC dalam Artikel 8 menegaskan bahawa perlakuan akan dikaitkan kepada negara hanya apabila ia mengarahkan atau mengawal ‘operasi khusus’ (specific operation) dan perlakuan yang diadukan itu merupakan bahagian penting operasi tersebut.  Ini menggunapakai ujian ‘kawalan efektif’ (effective control) dalam kes Nicaragua.  Pendekatan ini juga digunapakai dalam kes Genocide Convention (Bosnia v Serbia) (2007).

(1) Perlakuan pergerakan pemberontak yang berjaya menjadi kerajaan (Artikel 10)

Perlakuan pergerakan pemberontak yang kemudiannya menjadi kerajaan baru di negara tersebut akan dianggap sebagai perlakuan negara itu di bawah undang-undang antarabangsa (Artikel 10(1)).

Dalam kes tututan Bolivar Railway Co (1903), diputuskan bahawa sesebuah negara adalah bertanggungjawab keatas kewajipan-kewajipan revolusi yang telah berjaya sejak mula lagi.

Dalam kes pemberontakan yang berjaya sesebuah negara bertanggungjawab bukan hanya kepada perlakuan salah pergerakan tersebut teatapi juga kepada perlakuan salah yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.  Ini dinyatakan dalam komentar ILC kepada Artikel 10. Dalam kes Minister of Defence, Namibia v Mwandinghi, Mahkamah Agung Namibia telah pergi lebih jauh dengan menerima tanggungjawa untuk apa sahaja yang dibuat oleh pengurusan Afrika Selatan yang terdahulu.

Analisis mengenai isu ini boleh dilihat dalam kes Short v Iran (1987) dimana seorang rakyat Amerika telah diambil bekerja oleh syarikat Amerika di Iran.  Dia menyatakan bahawa dia telah dihalau daripada Iran tiga hari sebelum kerajaan Revolusi Islam mengambilalih dan dia menuntut gantirugi ke atas kehilangan pekerjaannya beserta faedah.  Suruhanjaya mengakui prinsip bahawa apabila sesuatu revolusi membawa kepada penubuhan kerajaan baru, negara perlu bertanggungjawab ke atas perlakuan kerajaan yang diambilalih.  Pengganti kerajaan juga bertanggungjawab ke atas perlakuan yang boleh dikaitkan kepada pergerakan revolusi  yang membentuknya walaupun perlakuan tersebut berlaku sebelum pembentukan kerjaan.

Image result for iran beautiful nature

Pemandangan damai di Iran

Dalam kes Tehran Hostage (1980), perlakuan penyokong revolusi (bukan agen) tidak boleh dikaitkan dengan kerajaan.  Diputuskan bahawa Iran tidak perlu bertanggungjawab kerana Short tidak dapat mengenalpasti agen kepada pergerakan revolusi yang memaksanya meninggalkan Iran.

Artikel 10(3): Dalam keadaan yang tertentu, boleh wujud kes pengecualian dimana negara perlu mengambil langkah berhati-hati, menghalang …….

(2) Pemberontak yang tidak berjaya atau pergerakan lain

Perlakuan pemberontakan yang gagal boleh disamakan dengan perlakuan orang atau kumpulan yang menyertai demonstrasi besar-besaran atau rusuhan dan ini secara amnya tidak boleh dikaitkan dengan negara.

Dalam tuntutan Home Missionary Society (US v Great Britain) (1920) penduduk asli Sierra Leone memberontak terhadap British kerana mereka tidak mahu cukai baru dikenakan.  Ketika pemberontakan tersebut, semua misi US diserang dan dimusnahkan, dan beberapa orang US juga dibunh.  Tribunal pengantara memutuskan bahawa, prinsip undang-undang antarabangsa jelas bahawa tiada kerajaan boleh dianggap bersalah untuk perlakuan badan pemberontak yang dilakukan melanggar kuasanya, di mana kerajaan tersebut tidak melanggar kepercayaan baik atau cuai dalam menumpaskan pemberontakan.

Perlakuan yang diakui dan diambilkira sebagai perlakuan negara

Dalam Artikel 11, perlakuan yang tidak dikaitkan kepada negara di bawah  artikel-artikel tetapi diakui sebagai perlakuan negara di bawah undang-undang antarabangsa sekiranya negara mengakui dan mengambilkira bahawa perlakuan tersebut sebagai perlakuan negara. Ini bermaksud , sesuatu perlakuan itu mungkin tidak boleh dikaitkan kepada negara tetapi diakui dan diambilkira oleh negara sebagai perlakuannya.  Ini tidak boleh disamakan dengan sokongan dan pengesahan.

Kes United States Diplomatc and Consular Staff in Tehran (1980) menunjukkan satu contoh sesuatu perlakuan yang kemudiannya diambilkira  sebagai perlakuan negara. Pada 1979, beratus-ratus pelajar telah membuat demonstrasi dan mengambilalih Kedutaan US di Tehran secara paksa dan menahan kakitangan US tersebut.  Mahkamah mengklasifikasikan kejadian tersebut kepada dua fasa.  Dalam fasa pertama, serangan dijalankan oleh militan yang tidak boleh dianggap sebagai agen atau organ negara Iran.  Oleh itu, perlakuan serangan dan rampasan dan penahanan tidak boleh dikaitkan dengan negara.  Walaubagaimanapun Iran diputuskan bertanggungjawab kerana ia gagal untuk menjaga kedutaan dan diplomatnya seperti yang digariskan dalam undang-undang antarabangsa. Fasa kedua bermula setelah Kedutaan itu diduduki oleh militan.  Pada fasa ini, kerajaan Iran secara undang-undang perlu menamatkan pendudukan yang tidak sah ini dah membayar gantirugi.  Walaubagaimanapun ia telah meluluskan dan menyokong pendudukan tersebut, malah mengeluarkan satu dikri yang menyatakan bahawa Kedutaan Amerika adalah pusat pengintipan dan kakitangannya  tidak menikmatik imuniti diplomatik.  Dikri ini telah juga mengistiharkan bahawa Kedutaan US dan kakitangannya  akan ditahan sehingga US menghantar Shah mereka yang terdahulu untuk perbicaraan.  Mahkamah memutuskan bahawa persetujuan ke atas perlakuan militan dan keputusan untuk mengesahkan pendudkan kedutaan dan penahanan tebusan adalah perlakuan negara. Militan kini telah menjadi agen negara Iran dimana perlakuannya menyebabkan negara perlu bertanggungjawab.

Perlakuan Individu Persendirian atau Entiti

Perlakuan orang perseorangan atau entiti yang bukan organ negara atau tidak melaksanakan elemen otoriti kerajaan atau tidak bertindak sebagai agen negara, tidak boleh dikaitkan kepada negara.  Oleh itu, keganasan terhadap warga asing atau pemusnahan harta asing oleh individu perseorangan atau pemberontak, kumpulan pemisah, pengganas, perusuh, militan dan sebagainya, secara amnya tidak boleh dikaitkan dengan negara. Negara hanya akan bertanggungjawab ke atas ketinggalan/kealpaan (omission) olehnya sendiri, seperti kegagalan membuat penyiasatan yang betul atas apa yang telah berlaku.

Secara prinsipnya, sesebuah negara tidak bertanggunjawab ke atas perlakuan individu perseorangan.  Tetapi perlakuan individu persendirian boleh disertakan dengan ketinggalan/kealpaan (omission) negara, di mana negara perlu bertanggungjawab. Walaubagaimanapun, dalam kes keganasan dan perlakuan melanggar undang-undang  terhadap rakyat asing atau harta asing, negara tidak bertanggungjawab.  Ia hanya bertanggungjawab sekiranya ianya boleh dibuktikan bahawa negara tidak melakukan apa-apa selaras dengan standard antarabangsa.  Negara perlu bertanggungjawab untuk ketinggalan, ketidakgiatan atau kegagalan (omission, inaction, failure) organnya seperti polis, pegawai keselamatan, mahkamah).  Berikut adalah dua bentuk ketinggalan/ketidakgiatan di pihak negara di mana negara perlu bertanggungjawab:

A) Kegagalan untuk melaksanakan usaha wajar (due diligence)

Sesebuah negara bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa sekiranya ia gagal untuk melaksanakan usaha wajar (due diligence) untuk menghalang orang perseorangan daripada menyerang warga asing atau memusnahkan harta asing.  Terdapat amalan negara yang konsisten dan meluas serta keputusan timbangtara yang menyokong tanggungjawab negra untuk melaksanakan usaha wajar demi menjaga warga asing dan harta mereka.

Dalam Asian Agricultural Products Ltd v, Sri Lanka, sebuah syarikat British membawa satu tindakan antarabangsa terhadap Sri Lanka dan menuntut gantirugi untuk kemusnahan ladang Sri Lanka. Tribunal mendapatai bahawa ladang tersebut berada dalam kawasan pengurusan dan telah ditawarkan untuk

Close Menu