SUBJEK UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA Subjek undang-undang antarabangsa merujuk kepada persoalan siapakah yang dianggap mempunyai personaliti perundangan dalam undang- undang antarabangsa? Dengan kata lain, siapa yang mempunyai kapasiti untuk membuat tuntutan, melaksanakan haknya, atau bertanggungjawab di bawah sistem perundangan antarabangsa? Persoalan ini membawa kepada konsep "personaliti perundangan antarabangsa" (international legal personality). “Personaliti perundangan antarabangsa” adalah penting untuk menunjukkan adanya pengakuan atau penerimaan bahawa sesebuah entiti mampu untuk menentukan hak-hak mereka dan tertakluk kepada sesuatu tanggunjawab di bawah sesuatu sistem perundangan. Contohnya, entiti yang mempunyai personaliti perundangan antarabangsa berhak untuk menyaman atau disaman di peringkat antarabangsa. Konsep personaliti perundangan antarabangsa Seseorang yang mempunyai personaliti perundangan…
KEPUTUSAN PERUNDANGAN Keputusan perundangan (judicial decision) yang dibuat di mahkamah serta pengajaran publisis yang berkelayakan adalah sumber undang-undang antarabangsa yang keempat dinyatakan dalam Artikel 38(1)(d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Statut ini menetapkan agar mahkamah mengaplikasikan keputusan mahkamah yang lepas serta mengambil pengajaran daripada publisis yang berkelayakan tinggi dari pelbagai bangsa (teaching of the highly qualified publicists), sebagai cara untuk menentukan peraturan perundangan. Namun sumber keempat ini hanya bersifat subsidiari atau sebagai tambahan sahaja dan bukannya dianggap sebagai satu sumber sebenar yang dianggap penting. Walaubagaimanapun, Artikel 59 Statut tersebut menyatakan bahawa keputusan perundangan tidak mengikat kecuali di antara pihak-pihak yang terlibat dan…
Prinsip Umum undang-undang antarabangsa (general principles) merupakan sumber undang-undang antarabangsa yang ketiga disenaraikan dalam Artikel 38(1) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Prinsip umum undang-undang antarabangsa ini kebiasaannya merujuk kepada prinsip undang-undang yang kuat bertapak di seluruh atau kebanyakan sistem perundangan nasional dan digunapakai dalam hubungan di antara negara. Sumber ini dimasukkan dalam Artikel 38(1) dengan tujuan untuk memenuhi sebarang lompang atau kekosongan dalam apa yang termaktub di dalam triti dan undang-undang adat antarabangsa. Ini sememangnya perlu untuk mengatasi masalah tiada undang-undang yang boleh diaplikasikan atau apabila wujud situasi yang kurang jelas dalam undang-undang. Contoh prinsip-prinsip umum ini termasuk tanggungjawab untuk memberikan gantirugi apabila wujud salah…
ADAT ANTARABANGSA Adat antarabangsa (international custom) merupakan sumber tertua dan sumber asli undang-undang antarabangsa. Menurut Artikel 38(1)(b) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, adat antarabangsa merujuk kepada bukti amalan umum yang diterima sebagai undang-undang. Artikel 38(1) menjelaskan bahawa adat antarabangsa mengandungi dua elemen: a) Amalan negara, dan b) Opinio juris sive necessitatis (pandangan bahawa sesuatu tindakan itu adalah perlu menurut undang-undang ) Kedua-dua elemen ini juga disahkan dalam penghakiman kes North Sea Continental Shelf (FRG v Denmark; FRG v The Netherlands (1969) yang menyatakan bahawa dua syarat perlu dipenuhi. Mahkamah menjelaskan bahawa “bukan sahaja sesuatu perlakuan itu perlu wujud sebagai amalan yang biasa secara permuafakatannya,…
Triti (treaty) merupakan satu elemen yang penting dalam perbincangan mengenai undang-undang antarabangsa. Triti juga adakalanya dipanggil sebagai Perjanjian, Konvensyen atau Protokol. Artikel 38(1) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa menetapkan supaya Mahkamah mengaplikasikan “international conventions, whether general or particular, establishing rules experessly recognised by the contesting States” apabila mengadili sebarang kes yang dihadapkan kepadanya. Definisi Triti atau perjanjian ada dinyatakan di dalam Artikel 2(1a) Vienna Convention on the Law of Treaties, 1969 seperti berikut: Treaty means an international agreement concluded between states in written form and governed by international law, whether embodied in a single instrument or in two or more related instruments and whatever its…
SUMBER UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA "Sumber Undang-Undang Antarabangsa" merujuk kepada persoalan (a) dari manakah undang-undang itu boleh didapati dan (b) apakah undang-undang yang perlu digunapakai. Ini amat penting apabila sesebuah tribunal antarabangsa perlu memutuskan berkenaan sesuatu persoalan mengenai undang-undang antarabangsa. Contohnya, sekiranya berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia dan ini memberi kesan jerebu yang teruk kepada negara jiran seperti Malaysia dan Singapura hingga menyebabkan kadar pelancongan semakin terjejas dan semakin ramai rakyat tempatan mengalami masalah kesihatan. Lihat berita SINI Apabila konflik sebegini terjadi, akan wujud persoalan undang-undang apakah yang boleh dirujuk sebagai panduan atau dalam membantu mengawal atau mengatasi keadaan ini?…
Pengenalan kepada Undang-Undang Antarabangsa Undang-Undang Antarabangsa merujuk kepada satu badan peraturan yang mengikat perhubungan sesebuah negara dengan negara yang lain. Anda pasti tertanya-tanya, penting ke? relevan ke? Cuba fikir... adakah anda biasa ... makan beras, pisang, keropok atau coklat yang diimport dari negara luar? mendengar lagu, membaca buku atau melihat berita-berita dari luar negara? menggunakan internet untuk membaca artikel ini atau untuk mencari maklumat? membeli pencuci muka, ubat, vitamin dan barangan yang berasal dari luar negara? menghantar surat atau bungkusan ke luar negara ataupun melawat negara luar? Apa yang anda lakukan diatas pastinya berkaitan dengan undang-undang antarabangsa. Oleh itu, sudah pasti…