Tanggungjawab Negara

Tanggungjawab NegaraTanggungjawab negara (state responsibility) timbul daripada pelanggaran kewajipan antarabangsa oleh sesebuah negara.  Kewajipan ini boleh berasal dari undang-undang adat antarabangsa atau dari kewajipan yang ditentukan oleh triti.  Sesebuah negara bertanggungjawab, contohnya apabila ia gagal untuk menghormati sesebuah perjanjian, sekiranya ia melanggar kedaulatan wilayah negara lain, sekiranya ia memusnahkan wilayah, harta negara lain, sekiranya ia menggunakan kekerasan ketenteraan terhadap negara lain, sekiranya ia mencederakan wakil diplomat negara lain, sekiranya ia menganiayai atau menzalimi rakyat negara lain dan lain-lain. Kebanyakan kes yang melibatkan tanggungjawab negara dalam dunia moden wujud dalam konteks penganiayaan atau kezaliman ke atas warganegara asing atau syarikat asing.Setiap pelanggaran…

Comments Off on Tanggungjawab Negara

Kekebalan organisasi

Kekebalan Organisasi Selain kekebalan negara dan kekebalan diplomatik, wujud juga kekebalan organisasi.  Ini kerana organisasi antarabangsa juga diberi kuasa oleh negara untuk melaksanakan beberapa fungsi yang tersendiri. Oleh itu, organisasi antarabangsa juga perlu keistimewaan dan kekebalan agar ia dapat melaksanakan tugasnya dengan lebih efisien. Walaubagaimanapun, kekebalan organisasi antarabangsa tidak sama dengan kekebalan diplomat. Ini kerana diplomat masih tertakluk kepada bidangkuasa negaranya sendiri manakala organisasi antarabangsa tidak tertakluk kepada mana-mana bidangkuasa negara. Secara amalannya, kekebalan sesebuah organisasi antarabangsa dilaraskan di dalam perjanjian.  Contohnya: General Convention on Privileges and Immunities of the United Nations 1946, dan Convention on the Privileges and Immunities of…

Comments Off on Kekebalan organisasi

Kekebalan Ketua Negara dan Wakil Diplomatik

Kekebalan Diplomatik Prinsip kekebalan diplomatik berasal daripada amalan terdahulu di mana wakil kerajaan negara asing dibenarkan bekerja dan beroperasi di bawah undang-undang negara asal mereka sendiri walaupun mereka berada di luar negara. Ini boleh diertikan sebagai kekebalan sivil dan jenayah yang mutlak atau terhad, yang dinikmati oleh petugas misi diplomatik asing beserta keluarga mereka.  Wakil-wakil asing ini, yang ditugaskan untuk mengadakan dialog di antara negara sewajarnya dilindungi agar mereka boleh menjalankan fungsi mereka dengan baik dan efisien. Contoh lesen memandu agen diplomat yang telah tamat tempoh Peraturan kekebalan diplomatik biasanya berdasarkan undang-undang adat antarabangsa.  Kini, keistimewaan dan kekebalan jelas dinyatakan dalam…

Comments Off on Kekebalan Ketua Negara dan Wakil Diplomatik

Kekebalan / Imuniti Negara

  “Imuniti” adalah satu pengecualian kepada doktrin bidangkuasa sesebuah negara.  Prinsip imuniti ini pada awalnya berasal daripada prinsip kedaulatan raja dimana raja tidak akan bersalah (a king could do no wrong).  Maka sekiranya seseorang raja berdaulat menjatuhkan hukuman ke atas raja yang lain, ini menunjukkan satu bentuk permusuhan atau superioriti ke atas kuasa raja yang lain.  Namun, kini kedaulatan dan kekuasaan negara adalah lebih bersifat fungsi awam, justeru pendapat bahawa negara atau raja berdaulat adalah kebal dan tidak boleh dihukum sama sekali kian berubah mengikut peredaran zaman.  Walaupun negara boleh melaksanakan bidangkuasanya ke atas individu, harta, dan peristiwa dalam wilayahnya sendiri,…

Comments Off on Kekebalan / Imuniti Negara

Bidangkuasa

BIDANGKUASA Terma "bidangkuasa" menerangkan tentang: limitasi perundangan sesebuah negara, otoriti atau institusi skop hak sesebuah tribunal antarabangsa untuk menghakimi sesuatu kes dan untuk membuat penghakiman untuk pihak-pihak yang terlibat.  *Bidangkuasa negara dan bidangkuasa tribunal adalah berbeza. Sifat bidangkuasa Bidangkuasa sangat berkait dengan aspek kedaulatan negara kerana ia melibatkan bidang kuasa preskriptif serta bidangkuasa pelaksanaan. Bidangkuasa preskriptif (prescriptive jurisdiction) adalah kuasa untuk menetapkan peraturan merujuk kepada kuasa pihak legislatif negara (legislative). Bidangkuasa pelaksanaan (enforcement jurisdiction) adalah kuasa untuk melaksanakan undang undang biasanya   merujuk kepada kuasa eksekutif (executive) dan kehakiman negara (judiciary). Bidangkuasa preskriptif ataupun dipanggil bidangkuasa legislatif adalah kuasa sesebuah negara untuk…

Comments Off on Bidangkuasa

Organisasi Antarabangsa

Organisasi antarabangsa juga boleh menjadi subjek undang-undang antarabangsa.  Organisasi-organisasi antarabangsa ini mempunyai fungsi yang ditugaskan oleh negara-negara. Oleh yang demikian adalah penting untuk organisasi-organisasi antarabangsa ini memiliki sesuatu tahap personaliti antarabangsa bagi memudahkan organisasi-organisasi ini menjalankan tugas dengan efektif. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memiliki personaliti antarabangsa dan juga merupakan subjek undang-undang antarabangsa.  Kapasiti perundangan PBB ini diakui oleh Artikel 104 Piagam PBB yang menyatakan bahawa organisasi PBB akan menikmati kapasiti perundangan di setiap wilayah ahlinya sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan fungsi-fungsinya dan untuk memenuhi tujuannya. Artikel 105 juga memberi hak keistimewaan dan imuniti kepada PBB, pegawainya serta…

Comments Off on Organisasi Antarabangsa

Negara

Negara merupakan subjek undang-undang antarabangsa yang utama.  Apakah yang dimaksudkan dengan “negara” dalam konteks undang-undang antarabangsa?  Pakar undang-undang antarabangsa, Oppeinheim menyatakan bahawa: negara adalah satu kewujudan di mana manusia hidup tetap di dalam sesebuah wilayah di bawah kerajaan yang berdaulat. Artikel 1 Montevideo Convention on Rights and Duties of States, 1933 menyatakan bahawa negara sebagai entiti dalam undang-undang antarabangsa perlu memiliki kelayakan seperti berikut: populasi tetap (permanent population) wilayah yang tertentu (territory) kerajaan (government); dan kapasiti untuk memasuki sesuatu hubungan dengan negara lain(capacity to enter into relations with other states) Kriteria-kriteria yang digariskan di dalam Montevideo Convention ini biasanya diterima secara amnya sebagai kriteria…

Comments Off on Negara

Subjek Undang-Undang Antarabangsa

SUBJEK UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA Subjek undang-undang antarabangsa merujuk kepada persoalan siapakah yang dianggap mempunyai personaliti perundangan dalam undang- undang antarabangsa? Dengan kata lain, siapa yang mempunyai kapasiti untuk membuat tuntutan, melaksanakan haknya, atau bertanggungjawab di bawah sistem perundangan antarabangsa? Persoalan ini membawa kepada konsep "personaliti perundangan antarabangsa" (international legal personality). “Personaliti perundangan antarabangsa” adalah penting untuk menunjukkan adanya pengakuan atau penerimaan bahawa sesebuah entiti mampu untuk menentukan hak-hak mereka dan tertakluk kepada sesuatu tanggunjawab di bawah sesuatu sistem perundangan.  Contohnya, entiti yang mempunyai personaliti perundangan antarabangsa berhak untuk menyaman atau disaman di peringkat antarabangsa. Konsep personaliti perundangan antarabangsa Seseorang yang mempunyai personaliti perundangan…

Comments Off on Subjek Undang-Undang Antarabangsa

Keputusan perundangan dan pengajaran publisis yang berkelayakan

KEPUTUSAN PERUNDANGAN Keputusan perundangan (judicial decision) yang dibuat di mahkamah serta pengajaran publisis yang berkelayakan adalah sumber undang-undang antarabangsa yang keempat dinyatakan dalam Artikel 38(1)(d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Statut ini menetapkan agar mahkamah mengaplikasikan keputusan mahkamah yang lepas serta  mengambil pengajaran daripada publisis yang berkelayakan tinggi dari pelbagai bangsa (teaching of the highly qualified publicists), sebagai cara untuk menentukan peraturan perundangan.  Namun sumber keempat ini hanya bersifat subsidiari atau sebagai tambahan sahaja dan bukannya dianggap sebagai satu sumber sebenar yang dianggap penting. Walaubagaimanapun, Artikel 59 Statut tersebut menyatakan bahawa keputusan perundangan tidak mengikat kecuali di antara pihak-pihak yang terlibat dan…

Comments Off on Keputusan perundangan dan pengajaran publisis yang berkelayakan

Prinsip Umum Undang-Undang Antarabangsa

Prinsip Umum undang-undang antarabangsa (general principles) merupakan sumber undang-undang antarabangsa yang ketiga disenaraikan dalam Artikel 38(1) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Prinsip umum undang-undang antarabangsa ini kebiasaannya merujuk kepada prinsip undang-undang yang kuat bertapak di seluruh atau kebanyakan sistem perundangan nasional dan digunapakai dalam hubungan di antara negara. Sumber ini dimasukkan dalam Artikel 38(1) dengan tujuan untuk memenuhi sebarang lompang atau kekosongan dalam apa yang termaktub di dalam triti dan undang-undang adat antarabangsa. Ini sememangnya perlu untuk mengatasi masalah tiada undang-undang yang boleh diaplikasikan atau apabila wujud situasi yang kurang jelas dalam undang-undang. Contoh prinsip-prinsip umum ini termasuk tanggungjawab untuk memberikan gantirugi apabila wujud salah…

Comments Off on Prinsip Umum Undang-Undang Antarabangsa

More will be added later ...

No more pages to load

Close Menu