Adat Antarabangsa

ADAT ANTARABANGSA Adat antarabangsa (international custom) merupakan sumber tertua dan sumber asli undang-undang antarabangsa. Menurut Artikel 38(1)(b) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, adat antarabangsa  merujuk kepada bukti amalan umum yang diterima sebagai undang-undang.  Artikel 38(1) menjelaskan bahawa adat antarabangsa mengandungi dua elemen: a) Amalan negara, dan b) Opinio juris sive necessitatis (pandangan bahawa sesuatu tindakan itu adalah perlu menurut undang-undang ) Kedua-dua elemen ini juga disahkan dalam penghakiman kes North Sea Continental Shelf (FRG v Denmark; FRG v The Netherlands (1969) yang menyatakan bahawa dua syarat perlu dipenuhi.  Mahkamah menjelaskan bahawa  “bukan sahaja sesuatu perlakuan itu perlu wujud sebagai amalan yang biasa secara permuafakatannya,…

Comments Off on Adat Antarabangsa

Triti

Triti (treaty) merupakan satu elemen yang penting dalam perbincangan mengenai undang-undang antarabangsa. Triti juga adakalanya dipanggil sebagai Perjanjian, Konvensyen atau  Protokol. Artikel 38(1) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa menetapkan supaya Mahkamah mengaplikasikan “international conventions, whether general or particular, establishing rules experessly recognised by the contesting States” apabila mengadili sebarang kes yang dihadapkan kepadanya.     Definisi Triti atau perjanjian ada dinyatakan di dalam Artikel 2(1a) Vienna Convention on the Law of Treaties, 1969 seperti berikut: Treaty means an international agreement concluded between states in written form and governed by international law, whether embodied in a single instrument or in two or more related instruments and whatever its…

Comments Off on Triti

Sumber Undang-Undang Antarabangsa

SUMBER UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA "Sumber Undang-Undang Antarabangsa" merujuk kepada persoalan (a) dari manakah undang-undang itu boleh didapati dan (b) apakah undang-undang yang perlu digunapakai.  Ini amat penting apabila sesebuah tribunal antarabangsa perlu memutuskan berkenaan sesuatu persoalan mengenai undang-undang antarabangsa.  Contohnya, sekiranya berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia dan ini memberi kesan jerebu yang teruk kepada negara jiran seperti Malaysia dan Singapura hingga menyebabkan kadar pelancongan semakin terjejas dan semakin ramai rakyat tempatan mengalami masalah kesihatan.  Lihat berita SINI Apabila konflik sebegini terjadi, akan wujud persoalan undang-undang apakah yang boleh dirujuk sebagai panduan atau dalam membantu mengawal atau mengatasi keadaan ini?…

Comments Off on Sumber Undang-Undang Antarabangsa

Undang-Undang Antarabangsa: Pengenalan

Pengenalan kepada Undang-Undang Antarabangsa Undang-Undang Antarabangsa merujuk kepada satu badan peraturan yang mengikat perhubungan sesebuah negara dengan negara yang lain.  Anda pasti tertanya-tanya, penting ke? relevan ke? Cuba fikir... adakah anda biasa ... makan beras, pisang, keropok atau coklat yang diimport dari negara luar? mendengar lagu, membaca buku  atau melihat berita-berita dari luar negara? menggunakan internet untuk membaca artikel ini atau untuk mencari maklumat? membeli pencuci muka, ubat, vitamin dan barangan yang berasal dari luar negara? menghantar surat atau bungkusan ke luar negara ataupun melawat negara luar? Apa yang anda lakukan diatas pastinya berkaitan dengan undang-undang antarabangsa. Oleh itu, sudah pasti…

Comments Off on Undang-Undang Antarabangsa: Pengenalan

More will be added later ...

No more pages to load

Close Menu