SUBJEK UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA
Subjek undang-undang antarabangsa merujuk kepada persoalan siapakah yang dianggap mempunyai personaliti perundangan dalam undang- undang antarabangsa? Dengan kata lain, siapa yang mempunyai kapasiti untuk membuat tuntutan, melaksanakan haknya, atau bertanggungjawab di bawah sistem perundangan antarabangsa? Persoalan ini membawa kepada konsep “personaliti perundangan antarabangsa” (international legal personality).
“Personaliti perundangan antarabangsa” adalah penting untuk menunjukkan adanya pengakuan atau penerimaan bahawa sesebuah entiti mampu untuk menentukan hak-hak mereka dan tertakluk kepada sesuatu tanggunjawab di bawah sesuatu sistem perundangan. Contohnya, entiti yang mempunyai personaliti perundangan antarabangsa berhak untuk menyaman atau disaman di peringkat antarabangsa.
Konsep personaliti perundangan antarabangsa
Seseorang yang mempunyai personaliti perundangan di bawah undang-undang antarabangsa memiliki hak, tanggungjawab atau kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang antarabangsa. Di bawah adalah ciri-ciri yang biasanya diterima oleh personaliti antarabangsa:
i. Menikmati hak-hak yang dianugerahkan dan di bawah kekuassan yang diwajibkan oleh undang-undang antarabangsa.
ii. Kapasiti untuk memasuki triti dan perjanjian-perjanjian sah di peringkat antarabangsa
Iii. Kapasiti untuk membuat tuntuttan sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang antarabangsa
Iv. Menikmati keistimewaan dan imuniti daripada bidangkuasa nasional.
Negara kebiasaannya merupakan personaliti antarabangsa kerana hak, tanggunjawab dan kuasa sering dimiliki oleh sesebuah negara. Walaupun negara menjadi aktor penting dalam undang-undang antarabangsa, aktor-aktor baru mula timbul selepas perang Dunia Kedua. Contohnya organisasi-organisasi awam antarabangsa yang dibentuk oleh negara serta organisasi-organisasi bukan-kerajaan (NGO) yang dibentuk oleh individu-individu atau syarikat korporat. Aktor-aktor baru ini mula diiktiraf sebagai mempunyai personaliti antarabangsa yang terhad sifatnya. Fenomena ini menunjukkan wajah baru undang-undang antarabangsa moden.
Kini subjek undang-undang antarabangsa boleh terdiri daripada:
- negara
- organisasi kerajaan (governmental organisation) dan bukan kerajaan (non-governmental organisation)
- individu and syarikat
Walaubagaimanapun, Mahkamah Negara dalam kes Reparations, menjelaskan bahawa subjek undang-undang dalam sistem perundangan mana sekalipun tidak semestinya sama dari segi haknya setakat mana, dan sifatnya bergantung kepada keperluan komuniti. Seseuatau personaliti antarabangsa tidak semestinya memiliki semua hak antarabangsa, tanggungjawab dan kuasa yang biasanya dimiliki oleh negara. Organisasi antarabangsa, sebagai contohnya hanya memiliki hak dan tanggungjawab yang yang sesuai untuk situasi tententu. Banyak organisasi antarabangsa , selain Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah subjek undang-undang antarabangsa yang terhad dan terbatas sifatnya.