Sumber Undang-Undang Antarabangsa
SUMBER UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA "Sumber Undang-Undang Antarabangsa" merujuk kepada persoalan (a) dari manakah undang-undang itu boleh didapati dan (b) apakah undang-undang yang perlu digunapakai. Ini amat penting apabila sesebuah tribunal antarabangsa perlu memutuskan berkenaan sesuatu persoalan mengenai undang-undang antarabangsa. Contohnya, sekiranya berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia dan ini memberi kesan jerebu yang teruk kepada negara jiran seperti Malaysia dan Singapura hingga menyebabkan kadar pelancongan semakin terjejas dan semakin ramai rakyat tempatan mengalami masalah kesihatan. Lihat berita SINI Apabila konflik sebegini terjadi, akan wujud persoalan undang-undang apakah yang boleh dirujuk sebagai panduan atau dalam membantu mengawal atau mengatasi keadaan ini?…